Saturday, 28 October 2017

APA ITU HEALING CRISIS

Tek : Google & Olahan Nur Aina

Setiap apa-apa produk atau supplement yang kita ambil biasanya akan ada Healing Crisis atau dalam bahasa Melayunya adalah Krisis Penyembuhan. Sebagai contoh, kalau kita ambik produk rawatan muka..healing crisis yang biasa berlaku adalah ;makin banyak keluar jerawat dalam beberapa hari menggunakan produk tersebut. ini adalah kerana produk tersebut sedang bertindak balas kepada badan kita. Selepas mengenalpasti healing crisis ni.. jgn putus asa sebab belum nampak kesannya pada diri masing-masing. Setiap individu tahap penerimaan supplement dalam badan mereka adalah berbeza. Paling penting harap bersabar dan sentiasa berfikiran positif.
Proses ini mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Friday, 27 October 2017

PENTINGNYA PAKAI PELEMBAB SEBELUM TIDUR

Tek : Group Khalila

Kenapa wajah perlu pakai pelembab sblm tidur 
Pada malam hari, kulit wajah kehilangan hampir 25 % kandungan air lebih banyak berbanding siang hari. Krim malam akan terus menjaga kulit wajah tetap lembab dan berseri-seri.

WAKTU TIDUR KULIT KEHILANGAN KELEMBAPAN

Tahu tak. Waktu malam ketika sedang berehat (tiada aktiviti) dan tidak terkena sinar matahari juga boleh mengalami dehidrasi?
Ya, kerana pada saat kita tertidur, kita tidak minum dalam jangka waktu yang cukup lama (5 – 8 jam).
Tambahan pulak jika tidur dalam air cond, air pada wajah dn tubuh di sedut org air cond, maka sel kulitpun menjadi kering dan berkerut. Akibatnya sel kulit tak terjaga dengan baik.
Karena itulah kita perlukan bantuan krim malam untuk menjaga kelembaban kulit sepanjang malam.
Apabila keadaan sel kulit terlalu kering, penghasilan sel kulit baru akan terganggu..

Pastikan sebelum tidur, cuci wajah dengan #KhalilaFoam, pakai #SerumKhalila dan Sapu pelembab #KhalilaDayNightCream

Thursday, 26 October 2017

TIPS MERAWAT JERAWAT CARA TRADISIONAL

Tek: MS Khalila
(Di olah balik Nur Aina)

TIPS MERAWAT JERAWAT CARA TRADISIONAL

Limau Nipis dan lemon adalah satu keluarga dengan buah limau. Cuma, memiliki rasa yang lebih masam dari limau yang lain.

Menghilangkan jerawat dengan lemon atau limau nipis sama-sama mujarab. Tapi jangan terkejut ya bila nanti agak sedikit pedih, sebab kandungan asam pada kedua buahan ini sangatlah tinggi

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DENGAN LIMAU NIPIS DAN LEMON 🍋

✔ Pilih ingin menggunakan nipis atau lemon.

✔ Belah buah tadi menjadi dua bahagian dan gosokan perlahan ke seluruh bahagian wajah berjerawat.

✔ Khusus bagi anda yang memiliki jerawat batu, cukup dengan sapu air perahannya saja, sebab jika digosok kemungkinan jerawat batu akan pecah dan menyebabkan luka.

PATI ALOVERA PILIHAN KHALILA

Tek : Group Khalila
Photo : Founder Khalila

*KENAPA PATI ALOE VERA DIPILIH DALAM KEBANYAKAN PRODUK ORGANIK KHALILA*

🌱PATI ALOE VERA/ DAUN LIDAH BUAYA ADALAH PELEMBAB SEMULAJADI
☑ Sangat sesuai digunakan sebagai pelembap oleh wanita yang menggunakan mineral make-up secara berkala. Menggunakan Aloe Vera pada kulit sebelum mengenakan make-up boleh mencegah kulit daripada kekeringan.

Bagi lelaki: Aloe vera boleh digunakan sebagai pelembut sebelum bercukur. Sifat-sifat penyembuhan itu boleh merawat luka kecil yang disebabkan oleh bercukur (FOAM KHALILA SESUAI UNTUK DIGANTIKAN SEBAGAI FOAM PENCUKUR)

🌱 PATI ALOE VERA BOLEH MERAWAT JERAWAT
☑ Aloe Vera mempunyai sifat antimikrobial yang membunuh bakteria dan ciri-ciri anti-radang yang mengurangkan keradangan kulit. Ia menyembuhkan luka pada kulit dengan cepat dan secara semula jadi dengan kurang kesan parut. Aloe vera adalah pelembab tetapi tidak memberi kulit rasa berminyak, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak.

🌱ALOE VERA ANTI-PENUAAN
☑ Semua orang mula bimbang tentang kemunculan garis dan kehilangan keanjalan pada kulit wajah.Vitamin C dan E yang hadir dalam gel aloe vera boleh memperbaiki kulit kita secara semulajadi dan menjaga kulit kita dari terhidrat.

🌱ALOE VERA BOLEH MENGURANGKAN KESAN REKAHAN KULIT "stretch mark".
☑ Sama ada kerana perubahan berat badan, atau mengandung - ramai daripada kita yang dibelenggu dengan stretch mark hodoh. Tanda-tanda ini muncul disebabkan oleh air mata kecil di lapisan kulit yang disebabkan oleh secara tiba-tiba dan berlebihan regangan. Is mampu mengurangkan kesan rekahan tersebut.

🌱ALOE VERA BOLEH MERAWAT KULIT KUSAM AKIBAT KULIT TERBAKAR DENGAN CAHAYA MATAHARI
☑ Aloe Vera juga bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dan membantu menambah kelembapan. Apabila kulit terhidrat, maka ia akan pulih lebih cepat daripada selaran matahari




Produk-Produk Khalila

Tek : Nur Aina
Photo : Founder Khalila

Produk-Produk Khalila

⇨ Set Skincare Khalila
⇨ Miracle Foam Cleanser
⇨ Day/Night Cream
⇨ Khalila Light CC Cream
⇨ Miracle Rosyglow
⇨ Miracle Eyeliner
⇨ Miracle Serum Khalila
⇨ Kisses Lipbalm
⇨ Loose Powder (3 tone)
  • Clear Beige
  • Pinkish Beige
  • Etnik Light



Tips Khalila

Tek : Nur Aina

biasa jika time period ada la jerawat sesat timbul kan??

Jangan risau ya.. Itu tanda korang masih normal..
Memang time period hormon berubah..  Mood berubah..  Keadaan fizikal berubah..  Ada yang sakit2 pinggang,  ada yang senggugut,  ada yang berdenyut bahagian breast..
Normal tau gejala-gejala ni.

Ok tips mudah utk elakkan jerawat yang timbul ni kekal menapak sebagai parut diwajah korang..
Ikut tips ni..

Sebelum tidur..
Cuci wajah dengan #FoamKhalila
dap dap dengan #SerumKhalila
Lepas tu,  calit-calit dengan #KhalilaDayNightCream. Tebalkan cream atas jerawat tu..

Tgk esok pagi jerawat tu mula mengecut.

Lakukan setiap malam sebelum tidur ya untuk elak parut yang tak diingini

Selamat mencuba..


Thursday, 19 October 2017

MAB Klasik vs MAB Tablet

Tek : Nur Aina
Photo : Network AJN Maju

MAB TABLET



  • Berbentuk Tablet/Chewable
  • Mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran wanita
  • Ramuan dan bahan-bahan MAB tradisional dikekalkan  dengan beberapa penambahan ramuan lain
  • Dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP
  • Dikategori dibawah kategori makanan kesihatan, oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, jadi tidak memerlukan No Pendafatran KKM
  • Mematuhi akta makanan
  • Boleh dijual secara terbuka dimana-mana pasaran termasuk kedai-kedai
  • Tiada bau herba, rasa manis, masam, sedap
  • Harga MAB Tablet RM40


MAB KLASIK


  • Produk no 1 altenatif 100% herba perancang keluarga, penjagaan kesihatan dalaman dan fizikal wanita.
  • Harga MAB Klasik RM21




Maajun Anggun Bistari (MAB)

Tek : Nur Aina
Photo : Network  AJN Maju


Maajun Anggun Bistari (MAB) yang berasaskan penggunaan herba secara semulajadi. Digunakan secara tradisional untuk merancang keluarga. Pengambilan MAB merupakan kaedah yang paling selamat untuk kesihatan jangka panjang kerana ianya bebas dari sebarang bahan kimia dan cara pembuatannya yang halal lagi suci

Maajun Anggun Bistari (MAB) bukan hanya sekadar untuk merancang keluarga, malah mampu menyelesaikan pelbagai masalah wanita dalaman dan luaran secara total. Merupakan produk yang termahsyur kini khas untuk wanita yang mementingkan kesihatan, kecantikan dan penampilan yang lebih anggun.

Tuesday, 17 October 2017

MANFAAT ALOVERA (LIDAH BUAYA) UNTUK KULIT

lidah buaya untuk jerawat
Lidah buaya mengandungi hormon giberelin dan auksin yangmemiliki sifat anti-inflamasi yang kuat. Giberelin membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru pada kulit.
Lidah buaya juga dapat mengurangi  rasa gatal dan terik, selain itu juga membantu meminimakan kesan dari masalah kulit seperti psoriasi, eczema dan jerawat

Hilangkan jerawat dengan lidah buaya. Lendir lidah buaya (alovera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulang langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling penting, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.


KHALILA




Khalila merupakan produk anak jati tempatan yang sangat menitikberatkan setiap inci proses penghasilan agar ianya selamat & berkesan dan yang paling penting tiada bahan-bahan kimia berbahaya, bersesuaian dengan tagline nya.. 'Sayangi Dirimu, Yakini Khalila'.
Khalila merupakan produk muslim yang diproses oleh kilang GMO bukannya produk repack dan timbang kilo.
Khalila merupakan produk penjagaan asas wajah yang menggunakan 100% dari bahan organik dan mesra wudhu'. Dengan penggunaan secara berterusan (konsisten) mampu hilangkan jeragat & blackhead, merawat kulit bermasalah, menganjalkan kulit, mengecilkan liang roma, memutihkan wajah, sekatakan tona wajah, menghilangkan kedutan pada wajah, menegangkan kulit wajah dan anti penuaan.

Friday, 13 October 2017

PENGENALAN BISNESS

Macam mana saya boleh melekat dengan KHALILA ni?
Bermula dengan hanya mendengar cakap-cakap dari biras saya sendiri tentang produk ini, masa tu saya jual mahal, dengar endah tak endah kononnua waktu tu, saya bangga dengan produk yang saya pakai waktu tu, maklumla produk international la katakan.

Enam bulan kemudiaan, saya tengok kulit muka biras saya makin berubah. Makin flawless, parut semakin hilang. Saya terus tertarik dan tukar kepada KHALILA. Bermula dengan set skincare yg basic terus saya jatuh cinta dan mendaftar menjadi agen. Dengan bermodalkan RM300, saya menjadi agen sah Khalila.

KHALILA merupakan produk anak jati tempatan yang sangat menitip beratkan setiap inci proses penghasilan agar ianya selamat dan berkesan. Paling penting terhindar bahan-bahan terlarang dan berbahaya kepada penggunanya. Penggunaan secara konsisten dapat membantu pelbagai masalah kulit wajah.

Tiga bulan menjadi agen Khalila, akhirnya saya mara lagi selangkah ke hadapan. Saya mengambil keputusan untuk menjadi stokis. Alhamdulillah. Dan sekarang ni saya sudah mempunya seorang agen dan dua orang dropship di bawah saya

PENGENALAN DIRI

Dilahirkan pada 4 April 1984 di Kota Bharu Kelantan. Puteri kedua dari 4 beradik yg diberi nama Nur Aina Bt Yusuf.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Sireh. Tamat darjah 6, saya meneruskan persekolah di Sekolah Menangah Kebangsaan Kota sehingga tamat tingkatan 5. Sewaktu belajar di sekolah menengah, saya banyak terlibat dengan sukan. Antaranya bola jaring, bola tampar dan sukan yang paling saya gemari ialah bola baling. Pencapaian tertinggi dalam bola baling, terpilih mewakili daerah Kota Bharu pada tahun 2001.

Pada tahun 2002, saya mendapat tawaran dari Politeknik Dungun Teregganu, dalam bidang Elektrik Elektronik selama 2 tahun. Kemudian meneruskan pengajian selama setahun dalam peringkat Diploma di Politeknik Seberang Prai, Pulai Pinang.

Saya pernah bergelar seorang guru setelahĺ tamat pengajian, guru kontrak di Sekolah  Menegah Pendidikan Khas di Seksyen 19 Shah Alam selama setahun. Kemudian ditawarkan menjadi pembantu  peribadi di salah sebuah syarikag swasta di Shah Alam.

Akhir tahun 2009, saya menamatkan zaman bujang saya dengan  lelaki bernama Mohd Syamyusrie b  Che Mud dan dikurniakan seorang putera diberi nama Muhammad Syamil Rizqin.

ULASAN KELAS BLOG

Dulu- dulu pernah ada blog tapi pada masa tu buat blog hanya utk suka-suka. jiwa muda la katakan. Bila dah bekerja, dah ada family sendiri,...