Setiap apa-apa produk atau supplement yang kita ambil biasanya akan ada Healing Crisis atau dalam bahasa Melayunya adalah Krisis Penyembuhan. Sebagai contoh, kalau kita ambik produk rawatan muka..healing crisis yang biasa berlaku adalah ;makin banyak keluar jerawat dalam beberapa hari menggunakan produk tersebut. ini adalah kerana produk tersebut sedang bertindak balas kepada badan kita. Selepas mengenalpasti healing crisis ni.. jgn putus asa sebab belum nampak kesannya pada diri masing-masing. Setiap individu tahap penerimaan supplement dalam badan mereka adalah berbeza. Paling penting harap bersabar dan sentiasa berfikiran positif.
Proses ini mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
No comments:
Post a Comment